SEJARAH DAN REVOLUSI MEDIA SOSIAL
Media
merupakan salah satu alat komunikasi sebagai contoh surat khabar dan radio. Oleh
itu, media sosial membawa maksud instrumen sosial dalam berkomunikasi. Media
sosial adalah sebuah media online dan penggunanya dengan mudah boleh
berkomunikasi dengan cara atau melalui blog-blog, wiki, forum dan jejaring
sosial seperti facebook,twitter,myspace dan banyak lagi. Jejaring sosial adalah
kaedah yang sering digunakan oleh masyarakat di dunia.
Media
biasa seperti surat khabar atau televisyen memberi limitasi kepada para
pengguna kerana para pengguna sukar untuk memberi pendapat atau pandangan bebas
terhadap sesuatu perkara yang disiarkan. Dengan adanya media sosial, para
pengguna dengan mudah dapat melemparkan pendapat masing-masing dan dapat
berkomunikasi ke seluruh dunia tanpa halangan. Chung et. al. (2010
Andreas Kaplan dan Michael
Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai "sebuah kumpulan aplikasi
berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0,
dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaranbentuk media sosial
yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.
(Laudon& Laudon, 2010)
Revolusi media sosial yang juga merangkumi
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam era globalisasi dunia hari ini
membawa pelbagai cabaran baru dalam bidang perniagaan. Penggunaan media social terutamanya,
pada masa kini telah meningkat dengan ketara dan fenomena ini boleh dilihat
dari segi penambahan jumlah pengguna di seluruh dunia. Menurut Hernandez (2009) Pendekatan Digital
Humanities yang mengabungkan aspek teknikal (ICT) dengan disiplin kemanusiaan
termasuk Sejarah, menggunakan teknologi pendigitalan dalam bidang perniagaan, penyelidikan dan
penerbitan.Penggunaan teknologi pengdigitalan melalui laman web dan rangkaian
sosial popular seperti Facebook, Twitter, blogspot dan Pinterest mampu
menyalurkan maklumat sejarah secara lebih interaktif, pantas, dan menarik.
Disamping itu, maklumat yang mudah dicapai serta mempunyai ruang yang lebih
fleksibel dapat meningkatkan usaha penyediaan dan penggunaan bahan bukti.
Media sosial sebenarnya
menyediakan satu platform yang amat menarik
dan mudah untuk para usahawan untuk berinteraksi
dengan pengguna.
Malaysia kini salah satu
Negara yang terkenal dengan penggunaan media social dalam bidang perniagaan.
Ramai usahawan telah menggunakan jaringan sebagai satu cara untuk mengembangkan
perniagaan dan juga memudahkan pengguna atau pembeli.
KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL
Ramai usahawan di Malaysia sangat setuju
bahawa media sosial sangat membantu dalam perniagaan. Bukan peniaga-peniaga kecil sahaja yang menggunakan media sosial untuk aktiviti perniagaan mereka, malah
syarikat-syarikat besar juga tidak ketinggalan untuk menggunakan media sosial untuk aktiviti pemasaran mereka. (Cheung & Lee, 2010)
Ada banyak alasan mengapa para peniaga memilih pemasaran menggunakan media sosial, diantaranya adalah untuk meminimakan
kos pengiklanan mereka. Kos pengiklanan mereka dapat diminimakan dengan
menggunakan media sosial ini. Tidak dinafikan
lagi bahawa mereka dapat mengurangkan kos pengiklanan mereka jika dibandingkan
dengan cara perniagaan lain selain media sosial.
Menurut (Reed, 2011) banyak perniagaan besar dan terkenal telah memanfaatkan media sosial sebagai media publisiti untuk
mengenalkan jenama mereka. Sebabnya adalah mereka tahu dengan pengguna media sosial yang sangat ramai, mereka dapat
memperkenalkan jenama mereka dengan cara ini malah dengan harga yang jauh lebih
murah lagi.entingnya media social digunakan.
Terdapat juga perusahaan dan perniagaan yang menggunakan media sosial
untuk menyediakan ruangan khidmat pelanggan mereka. Dengan cara ini sahaja
mereka boleh memberikan khidmat yang lebih cepat malah dapat mengeratkan lagi
hubungan dengan pembeli mereka yang sedia ada. Itulah sebabnya mengapa media
sosial ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pemasaran masa kini.

RAJAH 1
Media sosial memainkan peranan dalam proses pemasaran
yang kemudiannya akan menampakkan peningkatan dari segi jumlah penjualan dan
bertambahnya keuntungan dalam perniagaan mereka.
Media Sosial menjadi tempat
pemasaran yang efektif kerana kemudahan internet itu sendiri yang kini
manfaatnya boleh dinikmati oleh berbagai kalangan masyarakat termasuk
menggunakannya untuk ‘bermain’ di jejaring sosial.
Rajah 1 menunjukkan 5 jaringan
media sosial yang sangat terkenal. Media sosial yang paling banyak digunakkan
adalah Facebook. Para usahawan menggunakan jaringan ini sebagai satu jalan
untuk mencari kejayaan dalam perniagaan.
PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN
SECARA GLOBAL
Pemasaran pada media sosial merupakan jenis pemasaran yang interaktif
antara penjual dan pembeli kerana semua orang berhubung dengan internet. Media Sosial di Malaysia pada masa kini, terutama dalam lima
tahun terakhir ini, internet berkembang dengan sangat pesat dan bahkan menjadi
hal yang sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari.
Global Web Index, sebuah perusahaan yang
meneliti pasar pembeli digital, baru-baru ini meningkat sebuah grafik yang
menunjukkan negara-negara dengan jumlah pengguna internet terbanyak serta
perkembangan jumlah pengguna paling pesat di dunia dalam lima tahun terakhir .
Jika Negara Malaysia dibandingkan dengan pengguna internet Negara lain, Malaysia
sendiri merupakan negara dengan jumlah pengguna internet yang terbanyak.
Negara-negara Asia merupakan Negara-negara yang paling tertinggi dalam
penggunaan internet berbanding dengan Negara-negara lain seperti Europe, North
Amerika dan Afrika.
Di zaman yang semakin modern
ini, banyak orang menggunakan jejaring sosial guna berbagai tujuan. Salah satu
tujuan adalah untuk perniagaan. Penggunaan media sosial secara global telah
meningkat masa ke semasa.
Menurut kaji selidik Euromoney pada tahun
2011, transaksi aktiviti membeli-belah dalam talian berjumlah RM842
juta.Laporan global yang dikeluarkan pada 2011 menunjukkan perolehan e-dagang
di seluruh dunia dijangka mencecah AS$963 juta (RM3.08 bilion) pada tahun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Rakuten Online Shopping berkata,
“tinjauan
hadapan yang positif itu adalah bertepatan dengan pemain industri kerana ia
memberi peluang kepada syarikat untuk berkembang serta memasuki pasaran
tempatan”
Dengan penggunaan media sosial dalam
perniagaan, para ushawan boleh menjimatkan masa di mana proses perniagaan dapat
disiapkan dalam beberapa minit sahaja dan juga dapat dikemaskinikan dalam masa
yang singkat mengikut arus teknologi. Kemajuan teknologi sekarang dapat dilihat
melalui penembusannya dalam setiap aspek kehidupan harian dari perniagaan
hingga ke gaya hidup masyarakat. Kini, alat-alat komunikasi seperti
komputer peribadi, telefon bimbit, mesin faks, e-mail dan internet bukan sahaja
menjadi sebahagian daripada kehidupan semua orang. Antara kebaikan
teknologi adalah seperti globalisasi, komunikasi, dari sudut keberkesanan kos,
mengurangkan jurang budaya, meluangkan lebih masa dan mencipta peluang
pekerjaan yang baru. Globalisasi ini bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia
yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi - ekonomi di dunia ini untuk menjadi
satu sistem yang bersifat saling bergantung antara satu sama lain terutama
dalam perniagaan.
Ini dapat dibuktikan lagi
dengan berkongsi maklumat secara tepat dan malah ia dapat mengurangkan
halangan-halangan dan sekatan geografi. Dunia kini dibangunkan dalam “Global
Village” dengan bantuan teknologi yang membolehkan negara - negara kurang maju
seperti Chile dan negara-negara maju seperti Jepun yang berbeza dari segi jarak
dan juga bahasa perantaraan yang berbeza untuk berkongsi idea dan informasi
antara satu sama lain.
TAHAP
PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN DI MALAYSIA
Menurut Laporan Ekonomi 2013/3014
yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan kadar penembusan jalur lebar isi rumah
meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala dengan kadar
penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta
langganan.
Statistik
juga menunjukkan lebih banyak pengguna Internet di Malaysia adalah pembeli
berbanding penjual dengan saiz pasaran urus niaga dalam talian di Malaysia
dijangka mencecah RM5 bilion menjelang 2014 berbanding RM1.8 bilion pada 2010.
Menurut
laporan itu, Malaysia adalah antara tiga negara teras di Asia bagi purata
perbelanjaan dalam talian pada tempoh 12 bulan lalu dan ini dipacu oleh
perkhidmatan pelancongan, khususnya tiket penerbangan dan tempahan hotel, telah
menerajui pembelian produk dan perkhidmatan dalam talian.Tambahan pula
pembelian melalui Internet telah dipermudahkan lagi dengan pembayaran
elektronik melalui perbankan dalam talian atau kad kredit. Menurut laporan
berkenaan, peningkatan jumlah pengguna Internet dan pembeli dalam talian
menggambarkan potensi pasaran yang luas untuk perniagaan dalam talian.
Syarikat yang tidak mempunyai laman
web atau menawarkan pembelian dalam talian perlu mengubah perniagaan
tradisional mereka kepada perniagaan dalam talian supaya tidak kehilangan
pengguna yang semakin meningkat. (Shahizan, et al., 2012)
Tambahan pula, adalah penting untuk
perniagaan menumpukan perhatian kepada pelanggan telefon mudah alih kerana
bilangan mereka jauh melebihi pengguna Internet.
Malaysia semakin banyak menghabiskan masa melayari Internet berbanding media lain seperti televisyen, radio dan suratkhabar dengan penggunaan Internet yang meluas untuk rangkaian sosial. Laporan itu turut menyebut kebanyakan perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana masih kurang menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) kerana sumber kewangan yang terhad, kekurangan pengetahuan teknologi, serta kos juruteknik dan aplikasi perisian yang tinggi.
Malaysia semakin banyak menghabiskan masa melayari Internet berbanding media lain seperti televisyen, radio dan suratkhabar dengan penggunaan Internet yang meluas untuk rangkaian sosial. Laporan itu turut menyebut kebanyakan perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana masih kurang menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) kerana sumber kewangan yang terhad, kekurangan pengetahuan teknologi, serta kos juruteknik dan aplikasi perisian yang tinggi.
CABARAN
PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA
Cabaran-cabaran yang terdapat dalam penggunaan media sosial
adalah, kesilapan strategi dan kekurangan kefahaman mengenai media sosial boleh
menyebabkan kerosakan reputasi dan boleh memburukkan nama organisasi. Penggunakaan
media sosial dalam pemasaran dan pengiklanan berkemungkinan memakan masa dan
perhatian yang lebih daripada jangkaan. Halangan seterusnya ialah kefahaman,
focus dan minat yang tinggi dalam media sosial adalah amat perlu dalam
memilih tenaga manusia (pekerja) yang menguruskan media sosial untuk
mendapatkan hasil yang diharapkan oleh organisasi. Perkara ini boleh
mengurangkan produktiviti pekerja sekiranya semua pekerja dibenarkan
menggunakan jaringan media sosial seperti facebook dan twitter. Reputasi usahawan
juga boleh terancam dan membuka ruang kebocoran maklumat sulit kepada umum. Ahmad
Kamarulzaman (1997)
Walaupun media sosial merupakan alat teknologi yang maju dalam
perniagaan, tidak semesti ianya tidak mempunyai halangan. Antara halangan yang
berlaku kini dan amat banyak diperkatakan adalah yang berkaitan dengan masalah
pencerobohan maklumat. Sedia maklum, maklumat merupakan sesuatu yang amat
penting untuk kegunaan sesebuah perniagaan. Ia penting untuk pembangunan
perniagaan pada masa akan datang. Maklumat tersebut kebiasaanya terdiri
daripada maklumat sulit dan tidak sulit.
Salah satu contoh keadaan masalah yang berkaitan dengan
pencerobohan maklumat adalah seperti di bawah:
“Heboh dunia teknologi
maklumat dengan berita tapak Web terkenal seperti Yahoo!, Amazon, eBay dan
sebagainya diganggu oleh penceroboh-pencoroboh computer baru-baru ini.
Penceroboh yang menggunakan berpuluh hingga ratusan computer itu telah Berjaya melumpuhkan
operasi tapak-tapak Web sasaran mereka untuk beberapa jam yang sekaligus
menjejaskan perniagaan masing-masing. Pencerobohan yang dikenali sebagai kaedah
Denial of Service (Penafian Perkhidmatan) tersebut telah mendapat liputan
meluas media-media dan penganalisis media sosial seluruh dunia kerana ia
pertama kali membabitkan beberapa tapak Web terkenal dalam masa yang agak
terdekat. Selain itu, tapak-tapak Web yang dicerobohi itu merupakan
syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan berkaitan dengan internet
sepenuhnya dan dilengkapi dengan system pengkomputeran terkini dan sering
menjadi contoh kepada vendor-verdor IT terkenal.” (Sumber: MIMIOS MyCert)
FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGUNAAN MEDIA
SOSIAL
SOSIAL
Pemasaran menggunakan media sosial merupakan salah satu teknik yang
sangat membantu untuk usahawan-usahawan yang ingin memasarkan produk mereka
dengan lebih meluas lagi. Dengan menggunakan media sosial sebagai aktiviti pemasaran, peniaga
boleh mendapat pelanggan baru yang berpotensi dengan mudah dan mereka juga akan
dapat meningkatkan jualan kerana lebih ramai lagi orang akan tahu mengenai
produk. Bukan untuk pasaran tempatan sahaja, malah pasaran antarabangsa juga
boleh didapati dengan adanya media sosial
ini.
Pendorong utama
penggunaan media sosial dalam perniagaan adalan ia membantu dalam mengiklankan produk tanpa melibatkan kos yang tinggi, kos yang
rendah dapat digunakan bagi mendapatkan hasil yang lumayan sekiranya
perancangan strategi dibuat dengan betul. Selain daripada itu jaringan
sosial yang akrab antara rakan dalam media sosial membantu menambah
pelanggan kepada produk yang baik melalui saranan yang boleh dipercayai
(trusted recommendation). Juga membantu perniagaan mendapatkan sumber tenaga
manusia, pembekal, pemborong dan rakan niaga dengan lebih mudah contohnya
melalui jaringan professional sosial seperti Linked In. Membantu pekerja untuk
berbincang, bertanyakan soalan dan mendapat maklumbalas, mendapatkan idea dan
cara baru dalam melaksanakan tugas dengan lebih efisyen. Naslund (2010) dan Shepherd (2011),
Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak
meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakan
syarikat telah menggunakan perisian, komputer dan internet untuk meluaskan
perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global.
Teknologi juga mewajibkan untuk kekal fleksibel dan menyesuaikan dan operasi
mereka selaras dengan teknologi yang semakin maju ini.
Media sosial ialah antara kelebihan penting kepada setiap
usahawan yang progresif dan mahu sentiasa membangun dan juga boleh menaikkan
imej dan kebaikkan usahawan. Media sosial juga mengembangkan perniagaan ke
negara-negara lain dengan mewujudkan teknologi moden seperti internet dan
e-dagang.
Para usahawan mendapat maklumat mengenai promosi atau aktiviti syarikat
dengan lebih cepat dan tepat, melalui pelbagai bentuk media. Para usahawan juga
dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan lebih pantas, efisyen dan tepat
melalui emel, SMS dan pelbagai medium lain. Media sosial adalah satu teknologi
dapat memastikan statistik dan maklumat digunakan dengan cara yang terbaik bagi
perancangan bisnes masa depan. Ia juga berkembang dengan pantas, selari dengan
perkembangan dunia perniagaan. Ia juga telah memperbaiki jualan syarikat dngan
membenarkan stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi untuk membuat
paparan jualan serta menghantar pesanan dan maklumat pelanggan ke pejabat
dengan cepat. Media sosial membolehkan proses perniagaan dikomputerkan diaman
perniagaan akan mendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakna peralatan
mesin yang berteknologi. Ia bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang
rapat tetapi juga membenarkan ekonomi di dunia ini menjadi satu sistem yang
bersifat saling-bergantung.
Cadangan
saya adalah media sosial dapat memberi impak besar dalam penyebaran maklumat
dan promosi serta dapat dilaksanakan secara mudah. Menggabungkan media sosial
ini dengan penggunaan media tradisi membolehkan maklumat yang hendak
disampaikan kepada pelanggan dan kumpulan sasar dibuat dengan lebih pantas dan
menyeluruh. Media sosial menjadi media baru sebagai saluran penghebahan maklumat
utama program-program pembaharuan penyampaian dan saluran komunikasi antara
usahawan dan pelanggan. Revolusi yang dihasilkan ini mencetus fenomena di mana
perhubungan antara satu sama lain lebih mudah dan cepat. Para usahawan perlu menceburi
media sosial. Jika usahawan tiada dalam ruang
ini, usahawan tidak dapat mencapai pelanggan masing-masing dengan berkesan.
Teknik
untuk memasarkan produk atau perkhidmatan bagi usahawan perlu sentiasa berubah
mengikut rentak pasaran semasa. Jika sahulu, teknik pemasaran melalui media
bercetak adalah yang paling meluas, kemudian teknik pemasaran berubah kepada
media elektronik seperti televisyen dan radion, tetapi kaedah-kaedah tersebut
tidak lagi begitu berkesan pada era ini. Perubahan secara global telah member
kesan kepada taknik pemasaran yang terkini. Kini pemasaran yang dibuat melaui
media sosial telah mendapat sambutan dan menjadi salah satu aspek pentimg dalam
perniagaan kini. (David, 1999:hlm.5)
Menurut
David(1999:hlm.117), untuk memastikan kejayaan usahawan dalam perniagaan,
pemasaran secara web perlu diberi perhatian. Melaui pemasaran secara web,
usahawan bukan sahaja memasarkan keluaran dan perkhidmatan yang ditawarkan
tetapi juga perlu menonjolkan imej kepada pelawat di laman web tersebut. Ini
bertujuan untuk menarik minat pelanggan untuk terus melayari laman web tersebut
di samping dapat member perhatian terhadap keluaran. Selain daripada pemasaran
internet yang dilakukan, secara tidak langsung para usahawan dapat melaksanakan
perniagaan secara elektronik (e-business dan e-commerce).
KESIMPULAN
Sesebuah laman media sosial yang
baik semestinya mempunyai beberapa sifat yang boleh menarik pembeli di kalangan
pengguna internet untuk mengunjungi laman tersebut. Antaranya ialah penggunaan
bahasa yang terurus , maklumat multimedia yang luas, Interaktif dan sentiasa
dikemaskini. Secara keseluruhan daripada sifat tersebut, pelawat laman media
sosial akan melawati laman yang mempunyai maklumat yang terkini dengan ciri
interaktif yang baik. Kajian yang dijalankan oleh
Williams, et al. (2006), menyatakan
bahawa cabaran yang besar dihadapi oleh pembangun laman media sosial bagi
sesebuah syarikat adalah untuk menyediakan maklumat perniagaan yang dijalankan
dengan lebih kerap dan sentiasa dikemaskini untuk dilawati oleh
pengunjung.Selain itu, para usahawan perlu mengambil berat mengenai pentingnya
media sosial dalam perniagaan dan berkerja lebih keras untuk maju jaya.
Pendek
kata, teknologi telah memberi manfaat kepada para pengguna malah memberikan
kemudahan dan kebaikan kepada syarikat. Ia juga menjadi salah satu faktor
penting yang memaksimumkan hasil sesebuah syarikat.
RUJUKAN
1.
Chung, C., &Austria, K. (2010).
Sosial Media Gratification and Attitude toward Sosial Media Marketing
Messages: A Study of
the Effect of Sosial Media Marketing Messages on Online Shopping Value,
2.
Laudon, K.C. &Laudon, J. P.
(2010). Management Information Systems: Managing The Digital Firm(11 ed.).
Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Education
3.
Hernandez, B., Jiménez, J., &
MartÃn, M. J. (2009). Key website factors in e-business strategy. International
Journal of Information Management, 29(5), 362-371
4.
Cheung, C. M. K., & Lee, M. K.
O. (2010). A theoretical model of intentional sosial action in online sosial
networks. Decision Support Systems, 49(1), 24-30
5.
Reed, N. U. (2011). Follow The
Leader. Response, 19(11), 33-35
7.
Shahizan, H., Norshuhada, S.,
Norlaily, H.,SobihatunNur, A.S., & Mohd Samsu, S., (2012). Social Media as Persuasive
Technology for Business: Trends and Perceived Impact in Malaysia. Sintok:
Universiti Utara Malaysia
8. Ahmad Kamarulzaman (1997). “Peperanagan Maklumat-Satu
Cabaran Serta Ancaman Baru”.Disember 1997 http://user.aol.com/kamarulz/iwl.html
9. Menjejak Pencerobohan Komputer Di Internet http://www.mycert.mimos.my
10.
Naslund, A. (2010). Sosial media
from the inside out. Communication World, 27(5), 36-39 Shepherd, C. (2011).
Does sosial media have a place in workplace learning? [Viewpoint]. Strategic
Direction, 27(2), 3-4.
11.
David Irwin (1999). Exploiting IT
In Business: Putting Technology To Work To Grow Your Profits. Great
Britain: Hawksmere
