Tuesday, 8 December 2015

MEDIA SOSIAL SEBAGAI SATU PLATFORM KEPADA USAHAWAN DI MALAYSIA



SEJARAH DAN REVOLUSI MEDIA SOSIAL



Media merupakan salah satu alat komunikasi sebagai contoh surat khabar dan radio. Oleh itu, media sosial membawa maksud instrumen sosial dalam berkomunikasi. Media sosial adalah sebuah media online dan penggunanya dengan mudah boleh berkomunikasi dengan cara atau melalui blog-blog, wiki, forum dan jejaring sosial seperti facebook,twitter,myspace dan banyak lagi. Jejaring sosial adalah kaedah yang sering digunakan oleh masyarakat di dunia.

Media biasa seperti surat khabar atau televisyen memberi limitasi kepada para pengguna kerana para pengguna sukar untuk memberi pendapat atau pandangan bebas terhadap sesuatu perkara yang disiarkan. Dengan adanya media sosial, para pengguna dengan mudah dapat melemparkan pendapat masing-masing dan dapat berkomunikasi ke seluruh dunia tanpa halangan. Chung et. al. (2010

Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai "sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaranbentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.

(Laudon& Laudon, 2010)




Revolusi media sosial yang juga merangkumi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam era globalisasi dunia hari ini membawa pelbagai cabaran baru dalam bidang perniagaan. Penggunaan media social terutamanya, pada masa kini telah meningkat dengan ketara dan fenomena ini boleh dilihat dari segi penambahan jumlah pengguna di seluruh dunia. Menurut Hernandez (2009) Pendekatan Digital Humanities yang mengabungkan aspek teknikal (ICT) dengan disiplin kemanusiaan termasuk Sejarah, menggunakan teknologi pendigitalan dalam bidang perniagaan, penyelidikan dan penerbitan.Penggunaan teknologi pengdigitalan melalui laman web dan rangkaian sosial popular seperti Facebook, Twitter, blogspot dan Pinterest mampu menyalurkan maklumat sejarah secara lebih interaktif, pantas, dan menarik. Disamping itu, maklumat yang mudah dicapai serta mempunyai ruang yang lebih fleksibel dapat meningkatkan usaha penyediaan dan penggunaan bahan bukti.
 Media sosial sebenarnya menyediakan satu platform yang amat menarik dan mudah untuk para usahawan untuk berinteraksi dengan pengguna.
Malaysia kini salah satu Negara yang terkenal dengan penggunaan media social dalam bidang perniagaan. Ramai usahawan telah menggunakan jaringan sebagai satu cara untuk mengembangkan perniagaan dan juga memudahkan pengguna atau pembeli.




KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL

Ramai usahawan di Malaysia sangat setuju bahawa media sosial sangat membantu dalam perniagaan. Bukan peniaga-peniaga kecil sahaja yang menggunakan media sosial untuk aktiviti perniagaan mereka, malah syarikat-syarikat besar juga tidak ketinggalan untuk menggunakan media sosial untuk aktiviti pemasaran mereka. (Cheung & Lee, 2010)
Ada banyak alasan mengapa para peniaga memilih pemasaran menggunakan media sosial, diantaranya adalah untuk meminimakan kos pengiklanan mereka. Kos pengiklanan mereka dapat diminimakan dengan menggunakan media sosial ini. Tidak dinafikan lagi bahawa mereka dapat mengurangkan kos pengiklanan mereka jika dibandingkan dengan cara perniagaan lain selain media sosial.
Menurut (Reed, 2011) banyak perniagaan besar dan terkenal telah memanfaatkan media sosial sebagai media publisiti untuk mengenalkan jenama mereka. Sebabnya adalah mereka tahu dengan pengguna media sosial yang sangat ramai, mereka dapat memperkenalkan jenama mereka dengan cara ini malah dengan harga yang jauh lebih murah lagi.entingnya media social digunakan.
Terdapat juga perusahaan dan perniagaan yang menggunakan media sosial untuk menyediakan ruangan khidmat pelanggan mereka. Dengan cara ini sahaja mereka boleh memberikan khidmat yang lebih cepat malah dapat mengeratkan lagi hubungan dengan pembeli mereka yang sedia ada. Itulah sebabnya mengapa media sosial ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pemasaran masa kini.


 
 



RAJAH 1
Media sosial memainkan peranan dalam proses pemasaran yang kemudiannya akan menampakkan peningkatan dari segi jumlah penjualan dan bertambahnya keuntungan dalam perniagaan mereka.
Media Sosial menjadi tempat pemasaran yang efektif kerana kemudahan internet itu sendiri yang kini manfaatnya boleh dinikmati oleh berbagai kalangan masyarakat termasuk menggunakannya untuk ‘bermain’ di jejaring sosial.
Rajah 1 menunjukkan 5 jaringan media sosial yang sangat terkenal. Media sosial yang paling banyak digunakkan adalah Facebook. Para usahawan menggunakan jaringan ini sebagai satu jalan untuk mencari kejayaan dalam perniagaan.

PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN SECARA GLOBAL

 


Pemasaran pada media sosial merupakan jenis pemasaran yang interaktif antara penjual dan pembeli kerana semua orang berhubung dengan internet. Media Sosial di Malaysia pada masa kini, terutama dalam lima tahun terakhir ini, internet berkembang dengan sangat pesat dan bahkan menjadi hal yang sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari.
Global Web Index, sebuah perusahaan yang meneliti pasar pembeli digital, baru-baru ini meningkat sebuah grafik yang menunjukkan negara-negara dengan jumlah pengguna internet terbanyak serta perkembangan jumlah pengguna paling pesat di dunia dalam lima tahun terakhir . Jika Negara Malaysia dibandingkan dengan pengguna internet Negara lain, Malaysia sendiri merupakan negara dengan jumlah pengguna internet yang terbanyak. Negara-negara Asia merupakan Negara-negara yang paling tertinggi dalam penggunaan internet berbanding dengan Negara-negara lain seperti Europe, North Amerika dan Afrika.
 Di zaman yang semakin modern ini, banyak orang menggunakan jejaring sosial guna berbagai tujuan. Salah satu tujuan adalah untuk perniagaan. Penggunaan media sosial secara global telah meningkat masa ke semasa.
Menurut kaji selidik Euromoney pada tahun 2011, transaksi aktiviti membeli-belah dalam talian berjumlah RM842 juta.Laporan global yang dikeluarkan pada 2011 menunjukkan perolehan e-dagang di seluruh dunia dijangka mencecah AS$963 juta (RM3.08 bilion) pada tahun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Online Shopping berkata,
“tinjauan hadapan yang positif itu adalah bertepatan dengan pemain industri kerana ia memberi peluang kepada syarikat untuk berkembang serta memasuki pasaran tempatan”


Dengan penggunaan media sosial dalam perniagaan, para ushawan boleh menjimatkan masa di mana proses perniagaan dapat disiapkan dalam beberapa minit sahaja dan juga dapat dikemaskinikan dalam masa yang singkat mengikut arus teknologi. Kemajuan teknologi sekarang dapat dilihat melalui penembusannya dalam setiap aspek kehidupan harian dari perniagaan hingga ke gaya hidup masyarakat. Kini, alat-alat komunikasi seperti komputer peribadi, telefon bimbit, mesin faks, e-mail dan internet bukan sahaja menjadi sebahagian daripada kehidupan semua orang. Antara kebaikan teknologi adalah seperti globalisasi, komunikasi, dari sudut keberkesanan kos, mengurangkan jurang budaya, meluangkan lebih masa dan mencipta peluang pekerjaan yang baru. Globalisasi ini bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi - ekonomi di dunia ini untuk menjadi satu sistem yang bersifat saling bergantung antara satu sama lain terutama dalam perniagaan.
 Ini dapat dibuktikan lagi dengan berkongsi maklumat secara tepat dan malah ia dapat mengurangkan halangan-halangan dan sekatan geografi. Dunia kini dibangunkan dalam “Global Village” dengan bantuan teknologi yang membolehkan negara - negara kurang maju seperti Chile dan negara-negara maju seperti Jepun yang berbeza dari segi jarak dan juga bahasa perantaraan yang berbeza untuk berkongsi idea dan informasi antara satu sama lain.




TAHAP PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN DI MALAYSIA
Menurut Laporan Ekonomi 2013/3014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan  kadar penembusan jalur lebar isi rumah meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala dengan kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta langganan. 
Statistik juga menunjukkan lebih banyak pengguna Internet di Malaysia adalah pembeli berbanding penjual dengan saiz pasaran urus niaga dalam talian di Malaysia dijangka mencecah RM5 bilion menjelang 2014 berbanding RM1.8 bilion pada 2010.
Menurut laporan itu, Malaysia adalah antara tiga negara teras di Asia bagi purata perbelanjaan dalam talian pada tempoh 12 bulan lalu dan ini dipacu oleh perkhidmatan pelancongan, khususnya tiket penerbangan dan tempahan hotel, telah menerajui pembelian produk dan perkhidmatan dalam talian.Tambahan pula pembelian melalui Internet telah dipermudahkan lagi dengan pembayaran elektronik melalui perbankan dalam talian atau kad kredit. Menurut laporan berkenaan, peningkatan jumlah pengguna Internet dan pembeli dalam talian menggambarkan potensi pasaran yang luas untuk perniagaan dalam talian.
Syarikat yang tidak mempunyai laman web atau menawarkan pembelian dalam talian perlu mengubah perniagaan tradisional mereka kepada perniagaan dalam talian supaya tidak kehilangan pengguna yang semakin meningkat. (Shahizan, et al., 2012)
Tambahan pula, adalah penting untuk perniagaan menumpukan perhatian kepada pelanggan telefon mudah alih kerana bilangan mereka jauh melebihi pengguna Internet.
Malaysia semakin banyak menghabiskan masa melayari Internet berbanding media lain seperti televisyen, radio dan suratkhabar dengan penggunaan Internet yang meluas untuk rangkaian sosial. Laporan itu turut menyebut kebanyakan perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana masih kurang menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) kerana sumber kewangan yang terhad, kekurangan pengetahuan teknologi, serta kos juruteknik dan aplikasi perisian yang tinggi.

CABARAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA
Cabaran-cabaran yang terdapat dalam penggunaan media sosial adalah, kesilapan strategi dan kekurangan kefahaman mengenai media sosial boleh menyebabkan kerosakan reputasi dan boleh memburukkan nama organisasi. Penggunakaan media sosial dalam pemasaran dan pengiklanan berkemungkinan memakan masa dan perhatian yang lebih daripada jangkaan. Halangan seterusnya ialah kefahaman, focus  dan minat yang tinggi dalam media sosial adalah amat perlu dalam memilih tenaga manusia (pekerja) yang menguruskan media sosial untuk mendapatkan hasil yang diharapkan oleh organisasi. Perkara ini boleh mengurangkan produktiviti pekerja sekiranya semua pekerja dibenarkan menggunakan jaringan media sosial seperti facebook dan twitter. Reputasi usahawan juga boleh terancam dan membuka ruang kebocoran maklumat sulit kepada umum. Ahmad Kamarulzaman (1997)
Walaupun media sosial merupakan alat teknologi yang maju dalam perniagaan, tidak semesti ianya tidak mempunyai halangan. Antara halangan yang berlaku kini dan amat banyak diperkatakan adalah yang berkaitan dengan masalah pencerobohan maklumat. Sedia maklum, maklumat merupakan sesuatu yang amat penting untuk kegunaan sesebuah perniagaan. Ia penting untuk pembangunan perniagaan pada masa akan datang. Maklumat tersebut kebiasaanya terdiri daripada maklumat sulit dan tidak sulit.


Salah satu contoh keadaan masalah yang berkaitan dengan pencerobohan maklumat adalah seperti di bawah:
 



“Heboh dunia teknologi maklumat dengan berita tapak Web terkenal seperti Yahoo!, Amazon, eBay dan sebagainya diganggu oleh penceroboh-pencoroboh computer baru-baru ini. Penceroboh yang menggunakan berpuluh hingga ratusan computer itu telah Berjaya melumpuhkan operasi tapak-tapak Web sasaran mereka untuk beberapa jam yang sekaligus menjejaskan perniagaan masing-masing. Pencerobohan yang dikenali sebagai kaedah Denial of Service (Penafian Perkhidmatan) tersebut telah mendapat liputan meluas media-media dan penganalisis media sosial seluruh dunia kerana ia pertama kali membabitkan beberapa tapak Web terkenal dalam masa yang agak terdekat. Selain itu, tapak-tapak Web yang dicerobohi itu merupakan syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan berkaitan dengan internet sepenuhnya dan dilengkapi dengan system pengkomputeran terkini dan sering menjadi contoh kepada vendor-verdor IT terkenal.”      (Sumber: MIMIOS MyCert)

FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGUNAAN MEDIA 

SOSIAL
Pemasaran menggunakan media sosial merupakan salah satu teknik yang sangat membantu untuk usahawan-usahawan yang ingin memasarkan produk mereka dengan lebih meluas lagi. Dengan menggunakan media sosial sebagai aktiviti pemasaran, peniaga boleh mendapat pelanggan baru yang berpotensi dengan mudah dan mereka juga akan dapat meningkatkan jualan kerana lebih ramai lagi orang akan tahu mengenai produk. Bukan untuk pasaran tempatan sahaja, malah pasaran antarabangsa juga boleh didapati dengan adanya media sosial ini.
Pendorong utama penggunaan media sosial dalam perniagaan adalan ia membantu dalam mengiklankan produk tanpa melibatkan kos yang tinggi, kos yang rendah dapat digunakan bagi mendapatkan hasil yang lumayan sekiranya perancangan strategi dibuat dengan betul. Selain daripada itu jaringan sosial  yang akrab antara rakan dalam media sosial membantu menambah pelanggan kepada produk yang baik melalui saranan yang boleh dipercayai (trusted recommendation). Juga membantu perniagaan mendapatkan sumber tenaga manusia, pembekal, pemborong dan rakan niaga dengan lebih mudah contohnya melalui jaringan professional sosial seperti Linked In. Membantu pekerja untuk berbincang, bertanyakan soalan dan mendapat maklumbalas, mendapatkan idea dan cara baru dalam melaksanakan tugas dengan lebih efisyen. Naslund (2010) dan Shepherd (2011),


Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global. Teknologi juga mewajibkan untuk kekal fleksibel dan menyesuaikan dan operasi mereka selaras dengan teknologi yang semakin maju ini.
Media sosial ialah antara kelebihan penting kepada setiap usahawan yang progresif dan mahu sentiasa membangun dan juga boleh menaikkan imej dan kebaikkan usahawan. Media sosial juga mengembangkan perniagaan ke negara-negara lain dengan mewujudkan teknologi moden seperti internet dan e-dagang.
Para usahawan mendapat maklumat mengenai promosi atau aktiviti syarikat dengan lebih cepat dan tepat, melalui pelbagai bentuk media. Para usahawan juga dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan lebih pantas, efisyen dan tepat melalui emel, SMS dan pelbagai medium lain. Media sosial adalah satu teknologi dapat memastikan statistik dan maklumat digunakan dengan cara yang terbaik bagi perancangan bisnes masa depan. Ia juga berkembang dengan pantas, selari dengan perkembangan dunia perniagaan. Ia juga telah memperbaiki jualan syarikat dngan membenarkan stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi untuk membuat paparan jualan serta menghantar pesanan dan maklumat pelanggan ke pejabat dengan cepat. Media sosial membolehkan proses perniagaan dikomputerkan diaman perniagaan akan mendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakna peralatan mesin yang berteknologi. Ia bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi di dunia ini menjadi satu sistem yang bersifat saling-bergantung.
Cadangan saya adalah media sosial dapat memberi impak besar dalam penyebaran maklumat dan promosi serta dapat dilaksanakan secara mudah. Menggabungkan media sosial ini dengan penggunaan media tradisi membolehkan maklumat yang hendak disampaikan kepada pelanggan dan kumpulan sasar dibuat dengan lebih pantas dan menyeluruh. Media sosial menjadi media baru sebagai saluran penghebahan maklumat utama program-program pembaharuan penyampaian dan saluran komunikasi antara usahawan dan pelanggan. Revolusi yang dihasilkan ini mencetus fenomena di mana perhubungan antara satu sama lain lebih mudah dan cepat. Para usahawan perlu menceburi media sosial. Jika usahawan  tiada dalam ruang ini, usahawan tidak dapat mencapai pelanggan  masing-masing dengan berkesan.
Teknik untuk memasarkan produk atau perkhidmatan bagi usahawan perlu sentiasa berubah mengikut rentak pasaran semasa. Jika sahulu, teknik pemasaran melalui media bercetak adalah yang paling meluas, kemudian teknik pemasaran berubah kepada media elektronik seperti televisyen dan radion, tetapi kaedah-kaedah tersebut tidak lagi begitu berkesan pada era ini. Perubahan secara global telah member kesan kepada taknik pemasaran yang terkini. Kini pemasaran yang dibuat melaui media sosial telah mendapat sambutan dan menjadi salah satu aspek pentimg dalam perniagaan kini. (David, 1999:hlm.5)
Menurut David(1999:hlm.117), untuk memastikan kejayaan usahawan dalam perniagaan, pemasaran secara web perlu diberi perhatian. Melaui pemasaran secara web, usahawan bukan sahaja memasarkan keluaran dan perkhidmatan yang ditawarkan tetapi juga perlu menonjolkan imej kepada pelawat di laman web tersebut. Ini bertujuan untuk menarik minat pelanggan untuk terus melayari laman web tersebut di samping dapat member perhatian terhadap keluaran. Selain daripada pemasaran internet yang dilakukan, secara tidak langsung para usahawan dapat melaksanakan perniagaan secara elektronik (e-business dan e-commerce).

KESIMPULAN
Sesebuah laman media sosial yang baik semestinya mempunyai beberapa sifat yang boleh menarik pembeli di kalangan pengguna internet untuk mengunjungi laman tersebut. Antaranya ialah penggunaan bahasa yang terurus , maklumat multimedia yang luas, Interaktif dan sentiasa dikemaskini. Secara keseluruhan daripada sifat tersebut, pelawat laman media sosial akan melawati laman yang mempunyai maklumat yang terkini dengan ciri interaktif yang baik. Kajian yang dijalankan oleh
Williams, et al. (2006), menyatakan bahawa cabaran yang besar dihadapi oleh pembangun laman media sosial bagi sesebuah syarikat adalah untuk menyediakan maklumat perniagaan yang dijalankan dengan lebih kerap dan sentiasa dikemaskini untuk dilawati oleh pengunjung.Selain itu, para usahawan perlu mengambil berat mengenai pentingnya media sosial dalam perniagaan dan berkerja lebih keras untuk maju jaya.
Pendek kata, teknologi telah memberi manfaat kepada para pengguna malah memberikan kemudahan dan kebaikan kepada syarikat. Ia juga menjadi salah satu faktor penting yang memaksimumkan hasil sesebuah syarikat.



RUJUKAN
1.    Chung, C., &Austria, K. (2010). Sosial Media Gratification and Attitude toward Sosial Media Marketing
 Messages: A Study of the Effect of Sosial Media Marketing Messages on Online        Shopping Value,

2.    Laudon, K.C. &Laudon, J. P. (2010). Management Information Systems: Managing The Digital Firm(11 ed.). Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Education

3.    Hernandez, B., Jiménez, J., & MartÃn, M. J. (2009). Key website factors in e-business strategy. International Journal of Information Management, 29(5), 362-371

4.    Cheung, C. M. K., & Lee, M. K. O. (2010). A theoretical model of intentional sosial action in online sosial networks. Decision Support Systems, 49(1), 24-30

5.    Reed, N. U. (2011). Follow The Leader. Response, 19(11), 33-35


7.    Shahizan, H., Norshuhada, S., Norlaily, H.,SobihatunNur, A.S., & Mohd Samsu, S., (2012). Social Media as Persuasive Technology for Business: Trends and Perceived Impact in Malaysia. Sintok: Universiti Utara Malaysia

8.    Ahmad Kamarulzaman (1997). “Peperanagan Maklumat-Satu Cabaran Serta Ancaman Baru”.Disember 1997 http://user.aol.com/kamarulz/iwl.html


9.    Menjejak Pencerobohan Komputer Di Internet http://www.mycert.mimos.my


10. Naslund, A. (2010). Sosial media from the inside out. Communication World, 27(5), 36-39 Shepherd, C. (2011). Does sosial media have a place in workplace learning? [Viewpoint]. Strategic Direction, 27(2), 3-4.

11. David Irwin (1999). Exploiting IT In Business: Putting Technology To Work To Grow Your Profits. Great Britain: Hawksmere






2 comments:

  1. Maklumat yang bagus di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya yang cuba mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan Perniagaan Pakaian saya di sini di Malaysia. Sungguh sungguh berat pada perniagaan saya yang turun kerana penyakit masa kecil saya kemudian ketika saya sembuh saya memerlukan dana untuk menetapkannya lagi untuk saya bermula jadi saya berjumpa Encik Benjamin seorang pegawai perunding pinjaman di Le_Meridian Funding Service Dia bertanya saya dari projek perniagaan saya dan saya beritahu dia saya sudah memiliki Satu dan saya hanya perlu pinjaman 200,000.00 USD dia memberi saya borang untuk mengisi dan saya juga dia meminta saya ID Sah saya dalam beberapa hari Mereka melakukan pemindahan dan pinjaman saya telah diberikan . Saya benar-benar ingin menghargai usaha itu juga cuba mendapatkan ini kepada sesiapa yang mencari pinjaman perniagaan atau isu kewangan lain untuk Menghubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian Pada E-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com Dia juga boleh didapati di WhatsApp Hubungi: +1 -9893943740.

    ReplyDelete
  2. Tujuan audit media sosial adalah untuk mengoptimalkan kehadiran online dan mencapai hasil yang lebih baik dalam kampanye media sosial Anda!

    Dengan strategi yang tepat, bisnis dapat memanfaatkan potensi media sosial untuk mencapai tujuan mereka dan membangun hubungan yang kuat dengan audiens.

    Kelebihan Social media management menawarkan berbagai macam kemampuan yang dapat mendukung pertumbuhan dan kesuksesan bisnis. Dari meningkatkan brand awareness dan keterlibatan pelanggan hingga mengelola reputasi online dan meningkatkan traffic, manfaatnya sangat beragam dan signifikan

    ReplyDelete